Selangor Fans Laman Santai Pertama Bolasepak Selangor
- LoRenzo
- Mar 14, 2017
- 1 min read

SELANGOR FANS mula ditubuhkan atau diterbitkan pada penghujung tahun 2015. Bermula sekadar suka-suka akhirnya kami mula mendapat sambutan. Dengan mengekalkan tema santai serta mudah bergaul sesama peminat atau follower menjadikan kami sebuah laman yang lain dari yang lain. Kami masih mentah jika dibandingkan dengan laman peminat bolasepak SELANGOR yang lain. Niat kami adalah membawa sesuatu kelainan supaya penyokong SELANGOR lebih berbangga dan sedar bolasepak SELANGOR antara pasukan yang masih hebat sejak zaman-berzaman. Penyokong merupakan satu watak penting disebalik kejayaan atau jatuh bangun pasukan SELANGOR. Untuk menjadikan pasukan & penyokong ibarat tiada jurang jadi kami dengan rasa terpanggil untuk membentuk lama ini agar semua penyokong tidak merasa ada jurang diantara pasukan & penyokong. Kami bermula di Facebook pada mulanya dengan likers ketika ini mencecah 23000 orang dan selepas itu kami mengambil langkah inisiatif untuk melebarkan media yang lebih hebat iaitu instagram dengan follower sekarang mencecah 25000 orang. Kami membangunkan website ini bukan atas dasar kepentingan diri sendiri tapi atas semangat Red Giants Apa yang kami harapkan agar semua penyokong mampu bergabung dibawah satu payung tanpa membezakan senior atau junior kerana kita menyokong atas satu nama iaitu penyokong SELANGOR ! #MerahKuningLambangKebanggan
Comments