Happy Birthday UltraSel
- Admin
- Mar 17, 2017
- 1 min read

Hari ini genap 7 Tahun penubuhan UltraSel sebagai kumpulan penyokong anak muda yang tidak jemu-jemu menyokong Selangor dengan sorakan serta alunan gendang yang lebih moden. Sejak awal penubuhan Ultrasel mereka bergerak dalam kumpulan yang kecil tapi lama kelamaan mereka terus berkembang dan dipecahkan untuk beberapa daerah dan disatukan di stadium. Mereka dilihat hadir untuk semua perlawanan membabitkan Selangor. Ultrasel merupakan sebahagian sub negeri dibawah panji Ultras Malaya.
Sepanjang penubuhan Ultrasel, mereka bergerak dengan perbelanjaan sendiri dan tidak menerima mana-mana penajaan. Berbekalkan jiwa mereka sanggup menyeberangi lautan untuk Awaydays termasuk ke luar Negara untuk Kejohanan Piala AFC yang melibatkan pasukan Selangor. Ultrasel juga pernah dikecam oleh penyokong yang kurang senang dengan tindakan membakar suar di dalam stadium. Tapi bagi kami, inilah budaya bolasepak moden yang lebih segar dengan jiwa orang muda. Kami yakin Leader Ultrasel telah menasihatkan kumpulan itu menekankan keselamatan diri mereka. Tambahan pula, Ultrasel menetapkan satu ruang untuk mereka tanpa melibatkan penyokong kuaci. Ultrasel juga pernah dihalang dari memasuki ke Stadium Shah Alam selepas insiden kekecohan Kelayakan Piala Dunia 2018 & Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi. Namun pada tahun ini Ultrasel dilihat sudah mula turun ke Selayang untuk memberi sokongan untuk Selangor. Sekian sahaja ulasan Admin. Mohon maaf jika ada kekurangan.
Comments